Wednesday, 18 September 2019

VIDEO

a) Jelujur Halus
Cara jahitan : 
1. Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia 
2. Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya, iaitu antara 3 mm hingga 5 mm 



b) Jahit Lilit Kemas
1. Mulakan dengan 2 atau 3 mata jahitan jelujur halus.
2. Jahit dari kiri ke kanan dengan jarum menyendeng sedikit ke kanan atau menegak menghala ke arah penjahit. 
3. Jahitan ini halus dan mesti 3 mm daripada tepi kain serta jaraknya 3 mm di antara jahitan. 
4. Akhirkan jahitan dengan menjahit balik ke kiri dengan 3 atau 4 jahit lilit kemas. 

c) Jahit Kia
1. Dimula dan dimatikan dengan jahit kia 
2. Dijahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus (3mm – 5mm)
3. Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahhitan pertama dan dijahit ke hadapan semula. 


d) Jalujur Kasar
1. Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri 
2. Mata jahitan adalah sama panjang di sebelah luar dan dalam kain iaitu 1¼ cm 3. Akhirkan dengan jahit kia 

No comments:

Post a Comment