Thursday, 19 September 2019

NOTA

Nota Jahitan
Alatan jahitan



1. Alatan mengukur


a. Pita pengukur 
- Digunakan untuk mengukur dengan tepat  ukuran badan dan fabrik

b. Pembaris lurus
-Digunakan membuat garisan lurus di atas kertas pola dan kain fabrik

2. Alatan Mendraf 
a. Pembaris sesiku L 

Digunakan untuk membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik


b. Pembaris melengkung

Digunakan untuk membuat dan membentuk garis melengkung dalam kerja mendraf pola dan penyesuaian pola.



3.Alatan menanda
a. Kapur Tukang Jahit 


- Digunakan untuk menanda garisan pada fabrik



b. Roda surih 
-Digunakan bersama kertas kertas karbon tukang jahit untuk memindahkan garis pemadan ke fabrik

c. Jarum Peniti 




“jahitan peniti”的图片搜索结果
- Digunakan untuk menyemat pola pada fabrik dan kepingan fabrik sebelum menjahit


4. Alatan Memotong


a. Gunting fabrik 


- Digunakan untuk menggunting fabrik 




b. Gunting Sulam
- Untuk menggunting lubang butang


c. Snipper 
-  Digunakan untuk menggunting benang dan bahagian yang sukar digunting oleh gunting besar


d. Peretas
- Untuk membuka jahitan yang tersilap 

5. Alatan Menjahit 

a. Jarum Tangan 

-  Digunakan untuk menjahit tangan pada fabrik sama ada kekal atau sementara

b. Jarum Sulam 
- Digunakan menjahit sulaman di atas fabrik dan kain
c. Jidal 
- Digunakan di jari tengah/ hantu pada tangan yang menjahit untuk menggelakkan jari tercucuk jarum 
d. Mesin jahit industri 
- Digunakan untuk menjahit dan mencantum fabrik

6. Alatan menekan 
a. Seterika 
- Digunakan untuk mencantumkan interfacing dengan fabrik
- Digunakan untuk menyeterika fabrik menjadi rapi

b. Bod seterika 
- Digunakan untuk memudahkan proses menyeterika


7. Alatan Menyenggara
a. Minyak mesin


-Digunakan untuk melancarkan perjalanan mesin jahit


     b. Penyepit
-  Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum mesin jahit industri


c. Skru driver

- Memasang dan membuka jarum mesin dan aksesori mesin jahit 

Jenis Jahitan Tangan

Mata jahitan Asas

1. Jahitan sementara 

a. Jahitan ini dibuat untuk sementara sahaja 

           b. Digunakan untuk: 
- Menanda kedudukan kocek atau lubang butang 
- Menetapkan kedudukan kelepet dan kelim 
c. Contoh jahitan sementara 
- Jelujur kasar 

    
Cara menjahit : 
a. Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri 
b. Mata jahitan adalah sama panjang di sebelah luar dan dalam kain iaitu 1¼ cm 
c. Akhirkan dengan jahit kia 

- Jelujur tegak / serong 


2. Jahitan sulaman 
a. Digunakan untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang- barang peribadi dan kain kelengkapan rumah tangga
b. Contoh jahitan sulaman

- Jahitan suji bilang 

- Jahit kuku kambing 


3. Jahitan pengemas 
a. Jahitan ini adalah jahitan kekal 
b. Digunakan untuk 

- menetapkan kelepet 

- menetapkan lipatan
- mengemas tepi kain 

c. contoh jahitan pengemas


- Jahitan lilit kemas
        
Cara menjahit : 
a. Mulakan dengan 2 atau 3 mata jahitan jelujur halus.
b. Jahit dari kiri ke kanan dengan jarum menyendeng sedikit ke kanan atau menegak menghala ke arah penjahit. 
c. Jahitan ini halus dan mesti 3 mm daripada tepi kain serta jaraknya 3 mm di antara jahitan. 
d. Akhirkan jahitan dengan menjahit balik ke kiri dengan 3 atau 4 jahit lilit kemas. 

- Jahitan insang pari 


4. Jahitan penyambung 
a. Jahitan ini adalah jahitan tetap dan mesti dijahit dengan kukuh
b. Untuk menyambung bersama dua atau lebih kepingan kain 
c. Contoh jahitan penyambung :

- Jelujur halus 

Cara jahitan : 

a. Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia 

b. Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya, iaitu antara 3 mm hingga 5 mm 

- Jahit kia 

 


Cara menjahit: 
a. Dimula dan dimatikan dengan jahit kia 
b. Dijahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus (3mm – 5mm)
c. Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahhitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.










Wednesday, 18 September 2019

VIDEO

a) Jelujur Halus
Cara jahitan : 
1. Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia 
2. Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya, iaitu antara 3 mm hingga 5 mm 



b) Jahit Lilit Kemas
1. Mulakan dengan 2 atau 3 mata jahitan jelujur halus.
2. Jahit dari kiri ke kanan dengan jarum menyendeng sedikit ke kanan atau menegak menghala ke arah penjahit. 
3. Jahitan ini halus dan mesti 3 mm daripada tepi kain serta jaraknya 3 mm di antara jahitan. 
4. Akhirkan jahitan dengan menjahit balik ke kiri dengan 3 atau 4 jahit lilit kemas. 

c) Jahit Kia
1. Dimula dan dimatikan dengan jahit kia 
2. Dijahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus (3mm – 5mm)
3. Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahhitan pertama dan dijahit ke hadapan semula. 


d) Jalujur Kasar
1. Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri 
2. Mata jahitan adalah sama panjang di sebelah luar dan dalam kain iaitu 1¼ cm 3. Akhirkan dengan jahit kia 

KUIZ

Link di bawah ini adalah kuiz jahitan. Harap semua boleh membuat kuiz dengan teliti.

https://www.quiz-maker.com/QLZYSWP

Link di bawah ini adalah analisis kuiz jahitan. Harap semua boleh mendapat markah yang tinggi.
😆JIKA MENDAPAT MARKAH YANG TIDAK MEMUASKAN, JANGAN BERPUTUS ASA.😆

PUZZLE

😀TERUSKAN BERUSAHA SEHINGGA ANDA BERJAYA😀